Isteriku turun darah tepat jam 1 tghari ketika aku sedang bersiap2 untuk pergi sembahyang jumaat. Namun ketika aku sedang bersiap isteriku mengadu yang dia berasa sakit didalam perut. Tiba-tiba darah turun dengan lajunya dan membasahi lantai didalam bilik ku.
Tanpa berlengah lagi aku terus membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani dan isteriku ditahan dan dirawat didalam bilik Kenangan 9. Walaupun isteriku sepatutnya dapat memperolehi bilik yang berhawa dingin kerana dia adalaah kakitangan kerajaan namun seorang jururawat mengatakan isteri ku terpaksa ditempatkan di wad 3, ini adalah untuk menyenangkan pemantauan mereka.
Isteriku ditempatkan di katil bernombor 10 berhadapan dengan pemandangan Gunung Jerai yang indah. Apa pun aku amat berterima kasih pada Doktor2 dan jururawat2 yang bertugas disini yang sentiasa membantu dan menyenangkan ku sekeluarga. Moga sikap ini dapat diteruskan supaya Hospital Sultan Abdul Halim ini dapat menjadi antara hospital yang terbaik di Malaysia.
Permandangan dari wad kenangan 9 HSAH
No comments:
Post a Comment