Alhamdulillah...dengan penuh kesyukuran...Isteriku selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.52kg pada tanggal 10 Disember 2011 tepat jam 4.28 pagi. Aku bersyukur tak terhingga atas pemberian mu ya Allah. Insya Allah akan ku jaga amanat ini dengan sebaik mungkin.
Selepas penat bertarung selama 3 jam bayi ku lahir dengan kelahiran biasa di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Kelahiran bayiku ini lewat 2 hari dari tarikh jangkaannya iaitu 8 Disember. Namun ku tetap bersyukur kerana ibu dan anaknya selamat menatap dunia ini.
Sempat juga aku mengazan dan iqamat pada puteri ku supaya biarlah dia mendengar ayat seruan azan ketika lahir didunia ini. Aku bersolat subuh didalam wad dan hanya pulang pada paginya.
No comments:
Post a Comment