Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil
berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan
disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang
boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup. Setiap air yang
kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal.
Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum otomatik masuk tanpa
disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing.
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi. Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahawa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri". Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahawa hal itu lebih buruk."
Pada masa
duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding
usus dengan perlahan dan lambat. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan
menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, melanggarnya dengan
keras.
Jika ini
terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan membesar dan
jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan. Adapun
Rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu disebabkan ada
sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia
pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.
Manusia pada
masa berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf
sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya,
sehingga boleh berdiri stabil dan dengan sempurna. Ini merupakan kerja yang
sangat teliti yang melibatkan semua susunan saraf dan otot secara bersamaan,
yang menjadikan manusia tidak boleh mencapai ketenangan yang merupakan syarat
terpenting pada masa makan dan minum.
Ketenangan ini
hanya boleh dihasilkan pada masa duduk, di mana saraf berada dalam keadaan
tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan sedia untuk
menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang dimakan
pada masa berdiri, boleh memberi kesan pada refleksi saraf yang dilakukan oleh
reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan
endotel yang mengelilingi usus.
Refleksi ini
apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, boleh menyebabkan tidak
berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detik
mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pengsan atau mati mendadak. Begitu
pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus sangat membahayakan dinding
usus dan memungkinkan terjadinya luka pada perut.
Para doktor
melihat bahawa luka pada perut 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa
berlaku perlanggaran makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana keadaan
keseimbangan pada masa berdiri disertai pengecutan otot pada kerongkong yang
menghalang jalannya makanan ke usus secara mudah, dan kadang-kadang menyebabkan
rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang boleh
kehilangan rasa selesa semasa makan dan minum.
Diriwayatkan ketika
Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan
diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang
perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu
berkata: "Lihatlah orang itu duduk seperti budak." Maka dijawab
oleh Rasulullah s.a.w.: "Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk
budak dan makan seperti makan budak." Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan
wanita itu untuk makan. Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu)
telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, "Sesungguhnya Aku
tidak makan secara bertelekan" - Hadis Riwayat Bukhari. - tulahan
No comments:
Post a Comment