Cerita kuning ini tidah bersangkut paut dengan BERSIH 2.0 tau. Ini adalah penyakit hati yang kerap dialami oleh kanak-kanak ketika baru dilahirkan. Bacaan pada hari pertama anakku adalah 160. Hari kedua meningkat kepada 184 dan meningkat ke 196 pada hari ketiga.
Ini membuat aku resah bagaimana hendak menurunkan kadar bacaan kuning untuk anak ku. Alhamdulillah selepas berjumpa ibuku...dia menyarankan supaya aku mencuba daun lidah buaya yang dipotong kecil dan diletakkan diatas ubun-ubun. Alhamdulillah...kesesokan harinya bacaan kuning anakku telah menurun ke 160 dan 124.6 pada keesokan harinya.
Syukur ku panjatkan pada Illahi kerana aku tidak payah untuk kembali ke klinik Bedong, Kedah untuk mengambil bacaan selepas Doktor memberikan keputusan untuk anak ku tidak perlu ke klinik lagi. Gambar anakku dibawah adalah ketika bacaanya 196.
No comments:
Post a Comment