Monday, December 22, 2014

Anak-Anak Ku... Qaisara Qayyim Qhalish


Surah YaaSin Paling Sedap Dalam Dunia

Assalamualaikum...aku nak share skit video bacaan seorang budak yang paling merdu didengar didunia (Bagi aku la). Dok saja-saja kalau boring layan video ni memang best....Layanzzz..


Tuesday, December 16, 2014

Surah Al-Insyirah


Bagus dibaca ketika memandikan anak-anak....amalkan selalu Insya Allah anak-anak akan mengikut kata....


Apabila 3 jenis golongan manusia ditanya? ApA mereka jawab??

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??

X : Sudah tentu? solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah?


Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??

X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa? malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??

X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku?

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??

X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot? tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??
Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??

X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??

X : Haram? batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala ? stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la.

Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah, apa yg anda buat??

X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha dlm berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!!
Pililah yang mana satukah anda. samaada X,Y @ Z. tepuk dada Tanya diri sendiri..jawapan ada pada anda
Sekian..…

       

Cara Hidup Islam

SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana
beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat
kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh
akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam
dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan
"Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya
berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara
kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji
hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan
kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak
manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati
Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia
melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan
Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang
tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki
urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh
Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat
menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk
menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya
memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR


Kita Dipanggil Allah Hanya Tiga Kali

      Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah.Aku bertanya pada Ibu. "Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah...?"
Maklumlah, ini pertama kali aku berumrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya menunaikan untuk Umrah di bulan Julai 2007 yang lalu.Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah.Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku mempunyai kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata,"Luqman, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..."
Keningku berkerut."Sedikitnya Allah memanggil kita...?"Ibu tersenyum. "Iya, tahu tidak apa 3 panggilan itu..?" Saya menggelengkan kepala. 
 


"Panggilan pertama adalah Azan", ujar Ibu. "Itu adalah panggilan Allah yang pertama.
Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih tenang, Dia tidak "cepat marah" akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambaNya, baik hambaNya itu menjawab panggilan azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas hambaNya ketika hari Kiamat nanti". Saya terpaku,mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meetinglah, sibuk berurusan dengan rakan sepejabatlah, dan lain lain. Masya Allah.

Ibu menyambung, "Luqman,panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya "bergiliran" .Seorang hambaNya mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan "Labaik Allahuma Labbaik", sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu". Mata saya semakin berkaca-kaca.Subhanallah.Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.Alhamdulillah...

"Dan panggilan ke-3", lanjut Ibu, "adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebiasaan, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Luqman, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.
Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.Insya Allah syurga adalah balasannya..."
Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.
     Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan kain Ihram dan berniat.Aku menjawab panggilan UmrahMu,ya Allah, Tuhan Semesta Alam.


Jangan Berburuk Sangka

Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...

Petang itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.

“Penat letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “

Mendengarkan kata kata tangga. Atap terus bersuara.

"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak.”

Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.

“Mana kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam. Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”

Mendengar kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.

“Akulah pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“

Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba
jadi orang lain.

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpat

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada

Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersed ekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa

Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Justeru itu….

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa

Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN

Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedaqah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampaihari kiamat....
🌞🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌞
🌻 آمِÙŠّÙ†ْ...

Kenapa manusia tidak mahu dan susah nak bertaubat?



1) Meremehkan perkara dosa..walaupun dosa kecil
-org beriman menggangap dosa kecil seperti gunung besar hempapnya
-org munafiq mengangap dosa kecil spt seekor lalat
-jgn meremehkan takut mendapat laknat dari Allah mana satu dosa yg kita lakukan..sheikh sya'rawi mutawalli

2) Terlalu yakin dgn sifat maha pengampun Allah
-sentiasa melakukan dosa, sbb Allah kan maha pengampun?..satu pemahaman yg salah..mempermainkan sifat Allah
-taubat mesti berterusan
-meremehkan sifat Allah

3) Manusia berputus asa dengan keampuanan Allah
- terlalu byk melakukan dosa, sehingga merasakan Allah tidak akan mengampunkan dosa2nya - tidak yakin dgn sifat ampunan dari Allah
-merasakan tiada ruang utk masuk syurga
-kuat dgn bisikan syaitan utk tidak bertaubat

4) Panjang angan2 dan khayalan
-merasakan hidupnya panjang lg, merasakan masih muda, masa utk enjoy, bergembira.. bila tua baru nak beribadah, nak bertaubat, sedangkan mati itu rahsia Allah

5) Suka menyalahkan takdir
- apabila buat dosa, dia mengatakan inilah takdir aku, dah ketetapan pada aku jadi mcm ni..
-cara berhujah, jika kau bertaubat, meninggalkan dosa2, maka itu juga adalah takdir padamu, seperti mana kamu menyalahkan takdir tentang perlakuan dosa kamu..

Kuliah subuh 11/12/14
masjid jamek al-amaniah batu caves selangor
Petikan dr kitab taubat karangan fadhilatus sheikh yusoff al-qardawi