Thursday, January 12, 2012

JPN keluarkan MYKAD baru tahun 2012

 

Salam,

 

myKad baru telah di keluarkan. Pengeluaran mykad jenis dan ciri baru ini akan bermula pada januari 2012 mempunyai ciri-ciri penambahbaikan dalam soal keselamatan. Berikut adalah gambar mykad baru yang bakal di kelauarkan.

 

Apakah ciri-ciri terbaru mykad dan apa kelebihan dan perbandingan antara mykad baru dan lama??

 

1. mykad baru ini lebih tahan lasak dan tak mudah rosak berbanding denganmykad lama. Ia di katakan di perbuat daripada polikarbonat.

 

2. Cip baru yang lebih tahan lama dan seperti mykad lepas, cip lama mengalami masalah untuk membaca maklumat dalam kad terutama bila berurusan dengan jabatan kerajaan dan bank.

 

3. Rekabentuk yang di tambik terutama bagi mencegah pembuatan mykad palsu.

 

Lokasi-lokasi untuk buat mykad baru:

 

-  3 Jan – JPN Putrajaya, JPN Shah Alam

- 10 Jan – Kluang, Ipoh

- 14 Jan – Johor

- 15 Jan – Kuantan

- 17 Jan – Melaka

- 20 Jan – Kuching, Kota Bharu

- 29 Jan – Kuala Terengganu, Pulau Pinang

 

Kos untuk membuat mykad baru ini adalah RM10 dan ia tidak wajib untuk di tukar. Ia mengikut keputusan rakyat malaysia sendiri untuk menukar atau tidak mykad yang terbaru ini.

 

 

 

 

JPN keluarkan MYKAD baru tahun 2012..

rafinamimi - Mrs.Yie

“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan. MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.”

“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.”

“JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan. ”Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak.SUMBER

 

 

Tarikh Tukar MyKad Baru

Khabarnya hari ini MyKad baru akan mula dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] untuk semua rakyat Malaysia. Kad Pengenalan yang dikatakan serba canggih dengan ciri-ciri keselamatan ini boleh dipohon mulai hari ini di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam. Tarikh permohonan untuk lain-lain JPN di seluruh negara adalah seperti yang tertera di bawah.
  • JPN Putrajaya [3 Januari 2012]
  • JPN Shah Alam [3 Januari 2012]
  • JPN Kluang [10 Januari 2012]
  • JPN Ipoh [10 Januari 2012]
  • JPN Johor Bahru [14 Januari 2012]
  • JPN Kuantan [15 Januari 2012]
  • JPN Melaka [17 Januari 2012]
  • JPN Kuching [20 Januari 2012]
  • JPN Kota Bharu [20 Januari 2012]
  • JPN Kuala Terengganu [29 Januari 2012]
  • JPN Pulau Pinang [29 Januari 2012]
  • JPN Alor Setar [2 Februari 2012]
  • JPN Miri [6 Februari 2012]
  • JPN Kota Kinabalu [7 Februari 2012]
  • Cawangan-cawangan lain [7 Februari 2012]
  • Cawangan di Wilayah Persekutuan [15 Februari 2012]

Pemegang MyKad sedia ada digalakkan menukar kepada MyKad baru ini di samping permohonan baru.__._,_.__

No comments: