Friday, January 6, 2012

Kenapa Saya Tak Akan Sumpah Laknat - Versi Anwar Ibrahim

Artikel ini aku cilok dari Sinar Harian. Aku dah lama sependapat dengan sebab2 kenapa Anwar tidak perlu bersumpah walaupun aku pun tak tahu sama ada beliau adalah peliwat atau tak. Yang penting Islam lebih rela melepaskan orang yang tak bersalah daripada menghukum orang yang bersalah...renung2 kan....




Jika Anwar Ibrahim bersedia melakukan sumpah laknat, tindakannya itu akan dapat memberikan kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat. Tetapi persoalan besar yang menghantui orang ramai adalah kenapa Anwar Ibrahim tetap berdegil tak mahu melakukannya.

Saya ada membuat andaian kenapa dia tidak mahu bersumpah laknat sebelum ini dengan tajuk Teori Mudah Kenapa Anwar Tak Sumpah. Kali ini kita lihat pula alasan sebenar dari tuan punya badan yang berdegil tetap tak mahu sumpah sedangkan semua orang yang menuduhnya riuh rendah bersumpah luar dan dalam Masjid. Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah bersumpah menafikan hubungannya dengan kes kapal selam atau Altantuya dan dengan sumpah tersebut maka dia membuktikan dirinya suci tidak bersalah (?).


Alasan Anwar Ibrahim:


  1. Mengambil kira nasihat daripada para ulama terutamanya dari Dr Yusuf Al-Qardawi.
  2. Sumpah ini menjadi Haram apabila ia dilakukan demi politik.
  3. Kalau dengan sumpah mampu membebaskan Anwar Ibrahim maka sudah tentu selepas ini akan datang berpusu-pusu para pencuri duit baitulmal, perompak wang negara, penipu rakyat, pembunuh anak gadis monggol, perogol anak perempuan orang bawah umur dan lain-lain seumpama dengannya, mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka.
  4. Mengangkat sumpah bukanlah dapat menafikan kesalahan seseorang seperti kesalahan di atas selagi ianya tidak dibuktikan di dalam mahkamah dan dalam kes Anwar Ibrahim perlu dibuktikan di dalam mahkamah syariah, bukannya dengan bersumpah.
  5. Adalah lebih bijak mengikut nasihat para ulama untuk tidak bersumpah laknat daripada mengikut cabaran serta perbuatan mereka yang kaki minum dan juga memiliki saham dalam syarikat arak.
Berdasarkan semua alasan tersebut di atas bermakna dakwaan sesetengah pihak yang meneka bahawa Anwar bakal mengambil langkah terakhir untuk bersumpah bagi menafikan semua tuduhan terhadapnya adalah meleset dan sesekali tidak akan dibuat oleh Anwar Ibrahim walaupun dia dijangka akan disumbat dalam penjara buat kali kedua.

Jika dia masuk dalam penjara sekali ini maka besar kemungkinan karier politiknya akan berakhir di situ sahaja dan impiannya menjadi PM akan tinggal sejarah yang bakal dipahatkan nanti di dalam tulisan-tulisan buku. Namun begitu Anwar Ibrahim tetap akan mengharungi semua itu walaupun ada yang mencadangkan agar dia melarikan dirinya ke luar negara.

Anwar bukan sahaja bakal menghadapi risiko dipenjarakan, malah lebih banyak risiko lain yang berat akan dihadapinya dan dia tetap akan menunggu dan tidak akan lari keluar negara. Perhimpunan 901 yang bakal berlansung kali ini diharapkan tidak mendapat halangan dari mana-mana pihak kerana dia akan mengumumkan amanat terakhirnya tentang siapa yang bakal menggantikan pemimpin PR jika dia dipenjarakan kelak.

Anwar yakin PR akan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU-13 nanti.


Sumber: Sinar Harian Khamis 5/1/2012

No comments: