Monday, January 23, 2012

Gong Xi Fa Chai

Pada rakan2, sahabat, bos2 yang berbangsa cina saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina...Gong Xi Fa Chai, Kung Hei Fat Choi...dengan ucapan kalau makan buah oren jangan lupakan Kami yang Makan Buah rambutan ni..

Wednesday, January 18, 2012

Nigerian Scam

Aku kerap mendapat email dari orang yang tidak diketahui. Umum mengetahui mereka ini adalah Nigerian Scam. Selalunya aku menerima email dari mereka yang berbahasa Inggeris namun kini mungkin akibat orang2 Nigeria pun kini pandai bertutur bahasa Malaysia, aku menerima email yang berbahasa Malaysia. Harap rakyat2 Malaysia tidak terpengaruh dan tertipu dengan penipuan ini. Dibawah ini aku sertakan email yang aku terima pagi tadi. Bijak sungguh mereka nak menipu namun aku bukanlah orang yang mudah ditipu… Ciaoo..

 

Assalamualaikum ,

Nama saya ialah Rozzairin bt Mustafa dan masih bujang, saya ialah orang Malaysia tetapi sudah lama tinggal di London.
Saya tinggal di sini dan bekerja sini sudah lama dan saya berhajat hendak balik ke Malaysia dan buka
business di sana.

Saya hendak buat perlaburan dalam bidang resort, stesen minyak atau
minyak kelapa sawit, getah dan lain-lain yang boleh tahan dalam perniagaan dan
yang sesuai pada masa sekarang di Malaysia, tentu ianya dapat membantu saya
dalam pelaburan yang saya sedia ada, saya masih bujang dan belum
berkahwin lagi. Saya sedang mencari seseorang yang percaya kepada ALLAH. Saya harap kita boleh bekerjasama sebagai rakan kongsi niaga.

Saya akan tunggu balasan email untuk saya bila anda dapat email yang saya hantarkan kepada anda.

Terima kasih
Rozzairin.

 

Rozzairin bt Mustafa <rozzairin31@msn.com>

Thursday, January 12, 2012

JPN keluarkan MYKAD baru tahun 2012

 

Salam,

 

myKad baru telah di keluarkan. Pengeluaran mykad jenis dan ciri baru ini akan bermula pada januari 2012 mempunyai ciri-ciri penambahbaikan dalam soal keselamatan. Berikut adalah gambar mykad baru yang bakal di kelauarkan.

 

Apakah ciri-ciri terbaru mykad dan apa kelebihan dan perbandingan antara mykad baru dan lama??

 

1. mykad baru ini lebih tahan lasak dan tak mudah rosak berbanding denganmykad lama. Ia di katakan di perbuat daripada polikarbonat.

 

2. Cip baru yang lebih tahan lama dan seperti mykad lepas, cip lama mengalami masalah untuk membaca maklumat dalam kad terutama bila berurusan dengan jabatan kerajaan dan bank.

 

3. Rekabentuk yang di tambik terutama bagi mencegah pembuatan mykad palsu.

 

Lokasi-lokasi untuk buat mykad baru:

 

-  3 Jan – JPN Putrajaya, JPN Shah Alam

- 10 Jan – Kluang, Ipoh

- 14 Jan – Johor

- 15 Jan – Kuantan

- 17 Jan – Melaka

- 20 Jan – Kuching, Kota Bharu

- 29 Jan – Kuala Terengganu, Pulau Pinang

 

Kos untuk membuat mykad baru ini adalah RM10 dan ia tidak wajib untuk di tukar. Ia mengikut keputusan rakyat malaysia sendiri untuk menukar atau tidak mykad yang terbaru ini.

 

 

 

 

JPN keluarkan MYKAD baru tahun 2012..

rafinamimi - Mrs.Yie

“MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan. MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.”

“Selain itu, MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.”

“JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan. ”Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak.SUMBER

 

 

Tarikh Tukar MyKad Baru

Khabarnya hari ini MyKad baru akan mula dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] untuk semua rakyat Malaysia. Kad Pengenalan yang dikatakan serba canggih dengan ciri-ciri keselamatan ini boleh dipohon mulai hari ini di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam. Tarikh permohonan untuk lain-lain JPN di seluruh negara adalah seperti yang tertera di bawah.
  • JPN Putrajaya [3 Januari 2012]
  • JPN Shah Alam [3 Januari 2012]
  • JPN Kluang [10 Januari 2012]
  • JPN Ipoh [10 Januari 2012]
  • JPN Johor Bahru [14 Januari 2012]
  • JPN Kuantan [15 Januari 2012]
  • JPN Melaka [17 Januari 2012]
  • JPN Kuching [20 Januari 2012]
  • JPN Kota Bharu [20 Januari 2012]
  • JPN Kuala Terengganu [29 Januari 2012]
  • JPN Pulau Pinang [29 Januari 2012]
  • JPN Alor Setar [2 Februari 2012]
  • JPN Miri [6 Februari 2012]
  • JPN Kota Kinabalu [7 Februari 2012]
  • Cawangan-cawangan lain [7 Februari 2012]
  • Cawangan di Wilayah Persekutuan [15 Februari 2012]

Pemegang MyKad sedia ada digalakkan menukar kepada MyKad baru ini di samping permohonan baru.__._,_.__

Friday, January 6, 2012

Kenapa Saya Tak Akan Sumpah Laknat - Versi Anwar Ibrahim

Artikel ini aku cilok dari Sinar Harian. Aku dah lama sependapat dengan sebab2 kenapa Anwar tidak perlu bersumpah walaupun aku pun tak tahu sama ada beliau adalah peliwat atau tak. Yang penting Islam lebih rela melepaskan orang yang tak bersalah daripada menghukum orang yang bersalah...renung2 kan....




Jika Anwar Ibrahim bersedia melakukan sumpah laknat, tindakannya itu akan dapat memberikan kelebihan besar kepadanya dari segi moral penyokong dan rakyat. Tetapi persoalan besar yang menghantui orang ramai adalah kenapa Anwar Ibrahim tetap berdegil tak mahu melakukannya.

Saya ada membuat andaian kenapa dia tidak mahu bersumpah laknat sebelum ini dengan tajuk Teori Mudah Kenapa Anwar Tak Sumpah. Kali ini kita lihat pula alasan sebenar dari tuan punya badan yang berdegil tetap tak mahu sumpah sedangkan semua orang yang menuduhnya riuh rendah bersumpah luar dan dalam Masjid. Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak juga pernah bersumpah menafikan hubungannya dengan kes kapal selam atau Altantuya dan dengan sumpah tersebut maka dia membuktikan dirinya suci tidak bersalah (?).


Alasan Anwar Ibrahim:


  1. Mengambil kira nasihat daripada para ulama terutamanya dari Dr Yusuf Al-Qardawi.
  2. Sumpah ini menjadi Haram apabila ia dilakukan demi politik.
  3. Kalau dengan sumpah mampu membebaskan Anwar Ibrahim maka sudah tentu selepas ini akan datang berpusu-pusu para pencuri duit baitulmal, perompak wang negara, penipu rakyat, pembunuh anak gadis monggol, perogol anak perempuan orang bawah umur dan lain-lain seumpama dengannya, mengangkat sumpah menafikan kesalahan mereka.
  4. Mengangkat sumpah bukanlah dapat menafikan kesalahan seseorang seperti kesalahan di atas selagi ianya tidak dibuktikan di dalam mahkamah dan dalam kes Anwar Ibrahim perlu dibuktikan di dalam mahkamah syariah, bukannya dengan bersumpah.
  5. Adalah lebih bijak mengikut nasihat para ulama untuk tidak bersumpah laknat daripada mengikut cabaran serta perbuatan mereka yang kaki minum dan juga memiliki saham dalam syarikat arak.
Berdasarkan semua alasan tersebut di atas bermakna dakwaan sesetengah pihak yang meneka bahawa Anwar bakal mengambil langkah terakhir untuk bersumpah bagi menafikan semua tuduhan terhadapnya adalah meleset dan sesekali tidak akan dibuat oleh Anwar Ibrahim walaupun dia dijangka akan disumbat dalam penjara buat kali kedua.

Jika dia masuk dalam penjara sekali ini maka besar kemungkinan karier politiknya akan berakhir di situ sahaja dan impiannya menjadi PM akan tinggal sejarah yang bakal dipahatkan nanti di dalam tulisan-tulisan buku. Namun begitu Anwar Ibrahim tetap akan mengharungi semua itu walaupun ada yang mencadangkan agar dia melarikan dirinya ke luar negara.

Anwar bukan sahaja bakal menghadapi risiko dipenjarakan, malah lebih banyak risiko lain yang berat akan dihadapinya dan dia tetap akan menunggu dan tidak akan lari keluar negara. Perhimpunan 901 yang bakal berlansung kali ini diharapkan tidak mendapat halangan dari mana-mana pihak kerana dia akan mengumumkan amanat terakhirnya tentang siapa yang bakal menggantikan pemimpin PR jika dia dipenjarakan kelak.

Anwar yakin PR akan berjaya membentuk kerajaan dalam PRU-13 nanti.


Sumber: Sinar Harian Khamis 5/1/2012

Selamat Tahun 2012

Selamat menyambut tahun baru 2012...walaupun dah masuk hari ke 6 hari ni...aku tetap nak ucapkan jugak. Cuma untuk pengetahuan hangpa aku tak sambut pun 2012 ni. Duduk kat rumah je malam tu....ekekeke