Tuesday, December 16, 2014

Kenapa manusia tidak mahu dan susah nak bertaubat?



1) Meremehkan perkara dosa..walaupun dosa kecil
-org beriman menggangap dosa kecil seperti gunung besar hempapnya
-org munafiq mengangap dosa kecil spt seekor lalat
-jgn meremehkan takut mendapat laknat dari Allah mana satu dosa yg kita lakukan..sheikh sya'rawi mutawalli

2) Terlalu yakin dgn sifat maha pengampun Allah
-sentiasa melakukan dosa, sbb Allah kan maha pengampun?..satu pemahaman yg salah..mempermainkan sifat Allah
-taubat mesti berterusan
-meremehkan sifat Allah

3) Manusia berputus asa dengan keampuanan Allah
- terlalu byk melakukan dosa, sehingga merasakan Allah tidak akan mengampunkan dosa2nya - tidak yakin dgn sifat ampunan dari Allah
-merasakan tiada ruang utk masuk syurga
-kuat dgn bisikan syaitan utk tidak bertaubat

4) Panjang angan2 dan khayalan
-merasakan hidupnya panjang lg, merasakan masih muda, masa utk enjoy, bergembira.. bila tua baru nak beribadah, nak bertaubat, sedangkan mati itu rahsia Allah

5) Suka menyalahkan takdir
- apabila buat dosa, dia mengatakan inilah takdir aku, dah ketetapan pada aku jadi mcm ni..
-cara berhujah, jika kau bertaubat, meninggalkan dosa2, maka itu juga adalah takdir padamu, seperti mana kamu menyalahkan takdir tentang perlakuan dosa kamu..

Kuliah subuh 11/12/14
masjid jamek al-amaniah batu caves selangor
Petikan dr kitab taubat karangan fadhilatus sheikh yusoff al-qardawi

No comments: