Alkisah sebuah rumah... renungan untuk semua...
Petang itu kedengaran
rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus berleter.
“Penat
letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang pijak
aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak. “
Mendengarkan kata kata
tangga. Atap terus bersuara.
"Hoi tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas
berhujan siang malam. Mendidih kepanasan bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa
menahan kesejukan. Yang seronok jadi tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak
kena pijak.”
Mendengarkan kata atap, tiang terus bersuara.
“Mana
kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam.
Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi
dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak.”
Mendengar
kata-kata tiang, lalu dinding menjawab.
“Akulah pelindung khazanah rumah
ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku terpaksa jaga sepanjang
masa. Kalau aku tak ada semua tak guna.“
Wahai anakku,
Aku ceritakan
ini untuk mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri.
Kamu buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau
berdengki pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan
daripada segi zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang
kamu lihat di minda. Jadilah diri sendiri, jangan cuba
jadi orang
lain.
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangka
baik
Ada sangka buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang
rileks disangka malas
Orang berpakaian baru disangka
menunjuk
Orang berpakaian buruk disangka hina
Orang makan banyak
disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet
Orang yang
senyum disangka mengejek
Orang yang masam disangka merajuk
Orang
berbincang disangka mengumpat
Orang yang diam disangka
menyendiri
Orang yang menawan disangka menggoda
Orang yang ceria
disangka mengada
Orang yang bertanya disangka
menyibuk
Hakikatnya...
Mana tahu yang senyum itu kerana bersed
ekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana tahu yang
berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu kerana
beribadah
Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana tahu
yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu yang bertanya itu perihatin
orangnya
Justeru itu….
Sesuatu perkara yang kita
lihat
Jangan suka sangka-sangka
Sikap sangka-sangka akan
memusnahkan jiwa
Kerap sangka-sangka mengundang celaka
Jangan
terlalu bersangka-sangka
Jauhi sikap sangka-sangka...
No comments:
Post a Comment