Azmi namanya kalau tak silap aku. Keadaanya agak kritikal dan kini ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani. Setakat ini doktor masih tidak membenarkan dia dilawat kerana berada di wad ICU. Menurut isteri dia, Azmi mengalami pendarahan otak, patah tulang rusuk dan tulang bahu.
Kereta Honda Accord yang dipandunya juga remuk sama sekali namun isteri dan anaknya hanya mengalami luka ringan. Aku berdoa semoga dia segera sembuh sementelah Ramadhan yang bakal menjelma. Amin...Insya Allah jika ada kelapangan aku akan menziarahinya di hospital pagi nanti walaupun dijangka tidak dapat masuk kedalam wad ICU.
No comments:
Post a Comment