Thursday, May 14, 2009

Permohonan Nizar bantah penangguhan didengar pada Isnin - Utusan Meloyakan

PUTRAJAYA 13 Mei — Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang diperoleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam yang menangguhkan pelaksanaan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan. Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Inilah dinamakan mahkamah bangkai....klu pembangkang tangguh sampai isnin mggu depan..klu BN punya 4-5 jam dah settle, dah blh dapat keputusan. Nak kata bodoh...hakim plak..tak kata bodoh..memang hakim ni bodoh....

No comments: