Thursday, September 4, 2008

Pertahankan Kebenaran


‘Pertahankan kebenaran’
Oleh Wan Hazmir Bakar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pengamal media menggunakan teknologi dan saluran komunikasi sebagai instrumen untuk mempertahankan prinsip keadilan dengan menyebarkan kebenaran berdasarkan fakta serta kenyataan.

Perdana Menteri berkata, pihak media tidak harus bersifat apologetik untuk menegakkan kebenaran kerana ia adalah asas untuk memastikan berlaku keadilan.

"Berpegang dan berdiri lah atas prinsip kebenaran kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan berpegang kepada kebenaran,” katanya berucap pada pelancaran Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.


Artikel diatas dipetik dari Berita Harian Online pada Sept 04 2008 ini adalah dangkal sama sekali. Kenyataan Perdana Menteri bahawa pengamal media perlu mempertahankan kebenaran berdasarkan fakta dan kenyataan adalah lucu sama sekali. Masihkah kita lupa bahawa media cetak dan elektronik telah digunakan dengan seluas-luasnya bagi kepentingan pihak Barisan Nasional. Adakah media cetak dan elektronik sudah bebas? Nahe..nahe sama sekali...media telah digunakan dengan meluas sekali ketika Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kecil di Permatang Pauh baru-baru ini.

Nampaknya Perdana Menteri telah membuat lawak antarabangsa sekali lagi. Seluruh Malaysia ketawa mendengarnya. Media kini hanya berpihak kepada BN saja, banyak berita-berita mengenai pembangkang telah disekat sama sekali. Malah baru-baru ini ketika Tun Mahathir diminta mengulas mengenai rancangan DSAI ke Putrajaya media telah tidak melaporkan bahawa Tun M juga telah meminta PM untuk meletakkan jawatan. Ini tidak disentuh langsung oleh media, malah media telah memanipulasikan keyataan Tun M. Dimanakah media arus perdana ketika pengumuman keputusan PRK Permatang Pauh? Lintas Langsung pun tak ada setelah media mengetahui kekalahan BN. Malah keputusan di Pmtg Pauh juga lambat dikeluarkan. Keluar pun seperti acuh tak acuh saja. Simpan je la kenyataan PM tu supaya media lebih berani. Siapa yang mengawal media? Sudah tentu kerajaan BN.

Media sepatutnya melaporkan berita bukan menyokong. Apa saja berita sama ada positif ata negatif mesti dilaporkan. Bukan berpihak kepada sebelah pihak saja. Berita-berita mengenai pihak pembangkang telah disekat malah suratkhabar pihak pembangkang juga telah dihadkan pengeluarannya. Kalau ada pun hanyalah berita-berita yang berunsur negatif. Dimanakah demokrasi?? dimanakah kebebasan media?? Simpan je la saranan tu wahai PM yang disayangi...seperti ketam mengajar anaknya...

Saranan sedemikian hanya layak disimpan didalam Muzium negara kerana selepas negara 51 tahun merdeka media kita masih belum merdeka. Lu pikir la sendiri........

1 comment:

Anonymous said...

mane nak bgtau ni??uhh..maap yer bgtau kat komen, nak software adobe photoshop cs2?? gne ares tuk download software 2.. download ares kat sini http://myp4u.blogspot.com/2008/09/new-in-solehpolysas-software_23.html