Pengunjung sibuk mengerjakan ibadah, para pekerja pula sibuk dengan kerja-kerja pengubahsuaian Masjidil Haram. Foto: Tempo |
Berdasarkan maklumat daripada rakan-rakan yang baru balik mengerjakan umrah ke Makkah, projek pembesaran dan pengubahsuaian Masjidil Haram sedang berjalan rancak pada sekarang ini.
Kerja-kerja pembesaran dan pengubahsuaian dilakukan secara drastik dan melibatkan penggunaan jentera-jentera berat seperti kren dan jentolak.
Ketenteraman dan keselesaan melakukan ibadah di masjid tersebut pada waktu siang agak terganggu sedikit oleh bunyi jentera berat dan habuk.
Kontraktor dan para pekerja mereka sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerja-kerja pembinaan sebelum tiba musim haji yang akan datang.
No comments:
Post a Comment