Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.
Sumber Wikipedia.
Tiba2 hari ni Majlis Profesor Negara kata kita tak pernah dijajah......
""Mat Sabu ada mengatakan mengenai persoalan penjajahan di Tanah Melayu kononnya pegawai-pegawai polis di Bukit Kepong adalah polis British dan Datuk Onn (Jaafar) dan Tunku Abdul Rahman adalah pegawai British...bermakna beliau sentuh isu berkenaan masalah penjajahan (di Tanah Melayu)," kata Zainal.
Beliau berkata, dakwaan Tanah Melayu terjajah selama 400 tahun adalah tidak benar sebaliknya Tanah Melayu hanya dijajah selama dua tahun iaitu semasa zaman Malayan Union pada awal tahun 1946 hingga akhir tahun 1947 dan semasa zaman Jepun.
Menurutnya hanya tiga negeri di Tanah Melayu yang dijajah iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, manakala negeri-negeri Melayu yang lain, statusnya adalah negeri yang dilindungi.
Zakri pula berkata, sebagai sebuah badan yang mewakili 1,600 profesor di institusi pengajian tinggi, MPN hanya ingin memperbetulkan sebarang fakta atau takrif yang berkemungkinan tidak tepat dan tidak akan memberikan respons dalam konteks politik.
Katanya, MPN bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris akan menganjurkan bengkel dijangka pada Oktober ini bagi membincangkan isu seperti yang didakwa oleh Mat Sabu itu.
Ia akan disertai tokoh sejarah dari dalam dan luar negara dan hasil penjelasan itu akan dimaklumkan kepada masyarakat."
Sumber : MStar