Saturday, August 27, 2011

Ngantukkkkk

Aku dah rasa mengantuk malam ni....maklumlah..keja banyak hari ni....tapi baru lepas basuh baju, basuh kain buruk dan mencuci kolah takungan air dalam tandas aku....letih gak rasa la ni...Ingat nak letak nasi dulu sebagai persediaan untuk berbuka puasa nanti....maklumlah...bini dok jauh.....huhuhu.....

Zakat Fitrah...

Alhamdulillah....selesai sudah rukun Islam ke empat...

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Pembayaran dibuat di Pusat Urus Zakat Bandar Perda, Bukit Mertajam....jap je la...tak sampai pun 5 minit.....pada sesiapa yang belum membayar lagi...dialu-alukan berbuat demikan dengan kadar segera....lambat2 nanti kalut plak....

Puasa ke 27

Pejam celik pejam celik Ramadhan kini hampir ke penghujungnya....
Sedih kurasakan menikmati bulan yang paling indah ini....
Namun masa sentiasa bergerak sentiasa berdetik...
Setiap masa dan tarikh kita tak akan jumpa lagi sampai bila-bila....

Kelengkapan sempena Aidilfitri 80% telah selesai.....a
Cuma tinggal kopiah je lagi....
Dok fikir mana satu yang sesuai mana satu yang elok....
Jika ada cadangan hantarkan sms anda ke mobile bergerak....

Hari ni hujan hampi seharian di Penang....
Cuaca malam sejuk dan nyaman....
Adakah sinar malam Lailatul Qadar....
Malam yang lebih baik dari 1000 bulan....

Moga kita ketemu lagi di Ramadhan yang akan datang...
dengan izinNya...Amin....

Tuesday, August 9, 2011

Ultrasound



Last week pegi klinik maya....nak buat ultrasound utk my wife yang dah 5 bulan pregnant...nampak la skit baby aku.... Subhanallah....kagum aku dengan kuasa Allah....


Moga anak-anak ku nanti menjadi anak2 yang soleh/solehah.

Saturday, August 6, 2011

Ibu 4 Perkara

Ada 4 perkara yang dipandang sebagai ibu, iaitu :

  1. Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan.
  2. Ibu dari segala adab adalah sedikit berbicara.
  3. Ibu dari segala ibadat adalah takutkan dosa.
  4. Ibu dari segala cita-cita adalah sabar.

Puasa ke 6




1st time hari ni semenjak bermulanya Ramadhan 1432H family aku dapat berbuka bersama. Antara menu yang menarik:

  1. Ayam percik
  2. Ayam masak kicap
  3. Telur dadar
  4. Gulai Ikan
  5. Gulai udang
Air :

  1. Oren
  2. Tebu (tak manis sangat)
Alhamdulillah...nikmat kekenyangan yang Allah bagi....namun solat jangan ditinggalkan....

(Gambar lauk je yg ada pun)

1st blogging from streak 5


Ni adalah posting pertama aku menggunakan streak 5 so far ok je aku rasa....senang skit..buah mula..ekeke...x mengantuk lagi walaupun jam dah menunjukkan pukul 1 lebih...mau x ngantuknya aku dah balas tdo dekat 2 jam tadi...

Nanti aku nak cuba upload gmbr plak dari streak ni..tgk
senang ke x. Dok fikir nak boh gmbr apa ntah...tgk la jap lg mcm mana...ok..dah siap upload.....taadaa.....yeha...berjaya gak...Alahamdulillah...pada muslimin dan muslimat diucapkan selamat berpuasa...jgn kupa bgn sahur nanti...ibadat makan...dapat pahala tu sapa yg bgn.....

Friday, August 5, 2011

Sarawak : Negara mana??


"Ambiga, sebagai pengerusi BERSIH 2.0 - gabungan NGO yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih diadakan di negara ini - telah dengan aktif menuntut pembaharuan - namun beliau dihalang memasuki Sarawak pada 15 April lalu bagi memantau perjalanan pilihan raya negeri itu. Arahan menghalang beliau daripada memasuki negeri itu dikeluarkan oleh pengarah imigresen Sarawak. Pada 23 Mei, Ambiga memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dengan menamakan ketua pengarah jabatan imigresen Malaysia, pengarah imigresen Sarawak dan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai responden. Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Ambiga memohon untuk membatalkan notis larangan memasuki Sarawak."

Petikan atas aku kutip dari portal berita Malaysiakini....aku pun tak faham sampai hari ni kenapa nak masuk Sarawak kena ada pasport dan kebenaran..sedangkan Sarawak juga adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia....pelik aku...tak penah plak aku dengar orang Sarawak nak masuk semenanjung kena guna pasport. Undang2 apa yang kita pakai ni....BIAS...

No Ordinary Family


Antara citer menarik yang aku sedang layan la ni....citer2 ni aku korek dari member2 aku yang kaki download...so aku dah tengok sampai habis dah la...ekekeke...cuma khatam balik je time ditayangkan di TV3 setiap hari ahad pkl 10.30 malam.

Aku suka gak tgk citer2 yg ada power ni...teringin juga nak ada kuasa mcm tu....tapi klu boleh aku nak ada semua kuasa la...Kuat, Berlari pantas, Dapat mendengar isi hati dan mempengaruhi orang lain dan dikurniakan otak yang lebih bijak dari Albert Einstein. Semua ni adalah plot2 dalam citer ni....so klu anda semua berkesempatan...just....Layannnnzzzz...

Taraweh...

Selesai sudah taraweh yang ke lima....Alhamdulillah....mendapat sedikit ilmu dari tazkirah yang diadakan di surau Kota Permai sebentar tadi. Walaupun fius yg berdekatan dengan meter elektrik hampir terbakar namun dengan kuasa Allah sembahyang Isyak, Taraweh dan Witir dapat dilakukan dengan lebih sempurna lagi....Amin....

Esok adalah hari kelima berpuasa...setakat ni aku tak rasakan sangat keperitan berpuasa....Alhamdulillah...semoga dipermudahkan oleh Allah dalam menjalani rukun Islam yang ketiga ini.