Monday, July 28, 2008

Harap ada saja......

Harap ada saja blog ni.....aku bukan pandai menulis. Tapi malam ni aku gagahkan diri untuk menulis juga....sebab apa ye? Ntah la...aku pun tak tahu...mungkin kebosanan sedang menyerang aku tika ini.

Malam ini aku nak cerita pasal "MENIPU". Pasal apa MENIPU ? Sebab aku tak suka menipu dan aku pun tak suka ditipu. Tapi...biasalah..manusia...siapa yang tak pernah menipu?? Aku bukan tak pernah menipu..tapi aku tak suka menipu. Rasanya dah lama aku tak menipu mak aku...aku betul2 rasa bersalah kalau nak menipu dia...rasa tak berkat dalam dunia ni..diulangi sekali lagi...aku bukan tak pernah menipu..dan bukan aku tak pernah menipu mak aku. Cuma dah lama aku tak menipu dia dan aku pun dah lupa bilakah kali terakhir aku menipu dia.

Tapi kini aku semakin benci orang yang menipu aku ni...walaupun penipuan tu berlaku secara kecil-kecilan. Aku tau ada orang dok menipu aku la ni...tapi aku buat x tau je..cuma yang aku geram tu sebab ada kesan sedikit sebanyak kepada diri aku. Macam mana penipuan tu berlaku?? Ye la...senang je..cakap tak serupa bikin..sering nak menunjukkan bahawa diri tu baik..padahal aku tahu sikap sebenarnya. Ntahla...aku malas nak amik tau pasal2 ni...nasib baik la aku antara orang yang paling cool dalam dunia ni...nyeh..nyeh..nyeh..

Nasihat aku pada penipu-penipu ni. Kalau nak tipu tu agak2 la...jgn bagi org lain kesan dan sedikit logik la...ni nak tipu serbu tembok je...aku pun ada akal dan fikiran la...nama aku pun Farouk...jgn lupa..Saidina Umar Al-Khatab digelar Al-Farouk yakni yang dapat membezakan antara hak dan batil. Ok..posting pertama aku berjaya dilancarkan juga akhirnya...Insya Allah..akan ada lagi posting2 selepas ini. Amin.

Wasallam.