Wednesday, July 20, 2011

Wednesday, July 13, 2011

Rindu kat dia lagi.....

Kena tinggal lagi....
Dia pergi lagi....
Menunaikan bakti pada anak bangsa...
Dari corong2 suara yang murni....

Aku terima aja...
Mengantuk dan letih kuterima jua...
Walau hati nan lara....
Tidurlah wahai sang pujangga...
Kerana kini jam telah menunjukkan...
Sudah pukul dua.....

Sunday, February 6, 2011

Apa-apa saja.....

Rindu...

Kau pergi hari ini..
Meninggalkan ku keseorangan..
Namun ku memahami....
Kau punya tugas pada anak bangsa...

Aku relakan pemergian engkau...
Aku doakan kau berjaya...
Aku redha dengan segalanya...
Aku harap kita akan berjumpa semula...

Dengan dinaugi payung yang Maha Esa
Moga Allah memberikan ku kekuatan....
Untuk sentiasa mengingati kau....
Tidurlah wahai permaisuri ku.....

Sunday, August 1, 2010

Rakan Yang Kemalangan

Baru sebentar tadi aku mendapat berita dari abangku yg rakannya yg juga rakan aku terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran R&R Gurun menghala ke Alor Star.

Azmi namanya kalau tak silap aku. Keadaanya agak kritikal dan kini ditempatkan di Hospital Sultan Abdul Halim Sg. Petani. Setakat ini doktor masih tidak membenarkan dia dilawat kerana berada di wad ICU. Menurut isteri dia, Azmi mengalami pendarahan otak, patah tulang rusuk dan tulang bahu.

Kereta Honda Accord yang dipandunya juga remuk sama sekali namun isteri dan anaknya hanya mengalami luka ringan. Aku berdoa semoga dia segera sembuh sementelah Ramadhan yang bakal menjelma. Amin...Insya Allah jika ada kelapangan aku akan menziarahinya di hospital pagi nanti walaupun dijangka tidak dapat masuk kedalam wad ICU.

Thursday, May 14, 2009

Kerajaan Kedah rampas peralatan bina jalan persekutuan - Utusan Meloyakan

ALOR SETAR 13 Mei — Pembinaan jalan luar bandar di Langkawi oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan tergendala selepas peralatan milik kontraktor dirampas semalam kerana kerajaan negeri mendakwa projek itu tidak mengikut prosedur atau mendapat kelulusan.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Jabatan Hutan diarah membuat rampasan itu kerana jalan berkenaan melalui satu kawasan hutan simpan menyebabkan berlaku pencerobohan.

Dulu-dulu...boleh hulur-hulur...sekarang...no hulur..peduli apa kau nak kebulur...kah..kah..kah..

Permohonan Nizar bantah penangguhan didengar pada Isnin - Utusan Meloyakan

PUTRAJAYA 13 Mei — Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mengetepikan perintah Mahkamah Rayuan yang diperoleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam yang menangguhkan pelaksanaan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa Mohammad Nizar adalah menteri besar Perak yang sah.

Tarikh itu ditetapkan selepas Mohammad Nizar memfailkan notis usul itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pada 2.20 petang melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan. Turut disertakan bersama notis usul itu ialah sijil supaya kes itu disegerakan.

Inilah dinamakan mahkamah bangkai....klu pembangkang tangguh sampai isnin mggu depan..klu BN punya 4-5 jam dah settle, dah blh dapat keputusan. Nak kata bodoh...hakim plak..tak kata bodoh..memang hakim ni bodoh....